Tiba di Gaya Street jam 10.15pagi. Jalan-jalan sambil menjamu mata.Sebelum balik, penuh la jugak 1 beg plastik dgn barang-barang perhiasan….



Dari pasar pagi Gaya, En Rusni(ditemani puteranya,Boboy selaku pembantu pemandu peglancong) bawa kami jalan-jalan sampai ke Penampang & singgah jap kat Kadazandusun Cultural Association’s (KDCA).KDCA ni merupakan badan kebudayaan bagi kaum kadazanandusun, antara komuniti terbesar dan berpengaruh di Sabah…Tanpa sebarang kawalan dan terbiar…kami main redah je masuk rumah-rumah tradisional di KDCA ni!


Balik dari KDCA, kami makan tengahari di rumah dan bersiap-siap utk ke Bundu Tuhan,Ranau. Sampai kat Bayu Homestay jam 7.30 mlm, terus check in & makan malam.Aktiviti mlm dipenuhi dgn persiapan terakhir untuk mendaki esok…..time ni la teringat zaman2 ‘muda’ masa aktif mendaki dulu…..

Sibuk betul En. Rusni…dengar kata sampai tak leh tidor malam tu dok teringat nak panjat gunung…betoi ka…?