Selamat tiba di Laban Rata jam 3.05 petang. Hujan lebat sepanjang perjalanan dari Pondok Layang – Layang tadi.Mungkin hujan ni turun sebagai simbolik kepada kesedihan En Rusni kott…huhuhuuhu.. Menurut En. Dulius(pemandu arah yang saya panggil ‘Dolah’ je) ,pada awal 2009, kelajuan angin semasa hujan pernah mencecah 60km/sejam . so, saya simpan je kamera baik-baik dlm beg…nanti masa turun je la ambik gambar…

Puncak Kinabalu yang dilitupi awan tebal…
Jalan ke hadapan untuk ke puncak, sebelah kiri ni dah nak masuk ke Laban Rata Lodge…

Hadapan pintu masuk ke Laban Rata Lodge…
Laluan ke bilik para pendaki. Agak lengang sebab masa ni belum ramai pendaki yang dah sampai kat Laban Rata

Ni la tempat tidur saya utk malam ni… kat atas tu sepatutnya menjadi tempat tidur En.Rusni… Hmmm,harap-harap mlm ni tak ada gangguan yang tidak diingini…

Ok la, nak padam suis dulu…. nak baring jap, nanti petang kita layan matahari terbenam!…zzzzz zzz….