




Alhamdulillah, saya dan Dolius selamat tiba di Pondok Timpohon jam 3.10 ptg. Tetap bersemangat walaupun agak letih dan penat (mengalami kekejangan otot betis pada 3 km terakhir). Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan pengalaman 2 hari 1 mlm ni. Kesimpulannya, Gunung Kinabalu memang best walaupun kureng mencabar buat pendaki tegar disebabkan faktor berikut;
1) Laluan trekking yang terang dan lapang (tak payah dok hayun parang nak tebas laluan!)
2)Kemudahan asas yang disediakan seperti pondok rehat, bekalan air serta tandas (tak payah nak bawa botol tambahan utk bekalan air)
3)Kemudahan tempat tidur dan selimut (hanya perlu bawa keperluan diri yang asas sahaja…ringan la beg!)
4)Beraneka jenis menu makanan disediakan oleh pihak Laban Rata Resthouse..oren TANG kat sini memang besstt! (Tak payah dok kalut nak buka tin sardin / masak maggi, jimat ruang beg dan ringan beban)
Buat pendaki tegar / malarhijau, sekiranya Gunung Tahan atau Gunung Korbu (atau seangkatan dgnnya) menjadi mainan anda…pasti anda tidak akan berhadapan dengan laluan sukar untuk menawan puncak kinabalu!

16/09/2009 at 5:09 am
Larat aa bang..tapi gambaq cun gilos…
16/09/2009 at 8:16 am
Hasnul,lama tak dengar criter..selamat hari raya!
17/09/2009 at 2:30 pm
Cayalah bro… Waa bile nak manjat lagi.. nak ikut gakk .. Gegambo cecantik tu.. Smart² …
22/10/2009 at 7:43 pm
tengok pokok2 bonsai tu rindu pula nak daki gunung lagi…
anayway.. cayalah beb…sampai juga hang ke kinabalu…
02/11/2009 at 1:07 pm
ye ke..bila nak buat ”comeback”? kita bole plan utk next trip…