Datang ke KK memang tidak lengkap kalau tak singgah sini. Kalau iman tak cukup kuat, memang rambang mata dibuatnya. Dekat sini saja dah berjuta2 (rupiah) dihabiskan untuk membeli mutiara sabah..







Datang ke KK memang tidak lengkap kalau tak singgah sini. Kalau iman tak cukup kuat, memang rambang mata dibuatnya. Dekat sini saja dah berjuta2 (rupiah) dihabiskan untuk membeli mutiara sabah..







Tiba di Gaya Street jam 10.15pagi. Jalan-jalan sambil menjamu mata.Sebelum balik, penuh la jugak 1 beg plastik dgn barang-barang perhiasan….



Dari pasar pagi Gaya, En Rusni(ditemani puteranya,Boboy selaku pembantu pemandu peglancong) bawa kami jalan-jalan sampai ke Penampang & singgah jap kat Kadazandusun Cultural Association’s (KDCA).KDCA ni merupakan badan kebudayaan bagi kaum kadazanandusun, antara komuniti terbesar dan berpengaruh di Sabah…Tanpa sebarang kawalan dan terbiar…kami main redah je masuk rumah-rumah tradisional di KDCA ni!


Balik dari KDCA, kami makan tengahari di rumah dan bersiap-siap utk ke Bundu Tuhan,Ranau. Sampai kat Bayu Homestay jam 7.30 mlm, terus check in & makan malam.Aktiviti mlm dipenuhi dgn persiapan terakhir untuk mendaki esok…..time ni la teringat zaman2 ‘muda’ masa aktif mendaki dulu…..

Sibuk betul En. Rusni…dengar kata sampai tak leh tidor malam tu dok teringat nak panjat gunung…betoi ka…?
20/6/2009
Bertolak seawal jam 6.30 pagi ke LCCT. Mengikut jadual,masa perjalanan pukul 9.30 pagi. Tapi tak pa la…earlier is better (or..better late than never?). Selepas sarapan ringan, terus check in & ke balai polis berlepas. Marisa la yang paling ‘excited’ sebab tak sabar2 nak naik ‘aeroplane’..


Selepas mendarat jam 12.15 tengahari & selesai punggah bagasi,terus call pihak penganjur (sapa lagi..En Rusni la..). Memandangkan Marisa masih lagi mengalami ‘Jet lag’, so kami mengambil keputusan utk berehat sehingga petang di rumah En.Rusni (terletak di Kinarut -lebih kurang 18km dari airport). Lepas solat Asar, baru keluar jalan2 kat area pantai Lok Kawi.Sebelah malam pula, keluar makan malam kat area Putatan je.Tak byk aktiviti sebab nak simpan stamina untuk esoknya..pi shopping kat pasar pagi Gaya Street!


Menikmati panorama & matahari terbenam di Pantai Lok kawi

Maaf buat kawan2 & ahli keluarga yang terkilan kerana tidak dijemput utk bersama-sama ke Sabah
(Next trip kita pi ramai2 ok!).Mengikut perancangan asal, kami bertiga cuma ingin ke Kinabalu Park & mendaki Gunung Kinabalu. Alhamdulillah,pelawaan daripada En Rusni* yang menawarkan tempat tinggal & kenderaan sememangnya sukar ditolak buat ‘backpacker’ mcm saya ni….
*Encik Rusni merupakan sahabat lama semasa belajaq di UUM,Sintok.Beliau bersama-sama saya mendaki kesemua 7 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia pada sekitar 1998-2000 kecuali Gunung Tahan & Gunung Yong Belar (Bila hang nak khatam ni Sni?)…