Laban Rata – Puncak Kinabalu

Memulakan perjalanan ke puncak pada jam 2.45 pagi. Bagus jugak trekking pagi buta ni sebab tak nampak jurang ’psiko’ kat lereng gunung ni :) . lebih kurang 1/2 jam perjalanan, ramai yang melepaskan lelah kat pondok hentian. Sebilangannya mengalami ‘altitud sickness’ kerana masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan ketinggian lebih 8000 kaki..

sabah-lr-6

 

sabah-lr-5

Sunset in Laban Rata

lr-sunset2

lr-sunset1

Antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa matahari terbenam di ufuk barat.  Alhamdulillah, dapat jugak menikmati matahari terbenam dalam musim hujan ni…Lepas tu balik bilik sembahyang &  tidur jam 8.30 mlm. Kena tidur awal sebab pukul 2.30 pagi nak meneruskan perjalanan ke puncak.

Jalan-Jalan Sabah – Hari Ketiga….Laban Rata

Selamat tiba di Laban Rata jam 3.05 petang. Hujan lebat sepanjang perjalanan dari Pondok Layang – Layang tadi.Mungkin hujan ni turun sebagai simbolik kepada kesedihan En Rusni kott…huhuhuuhu.. Menurut En. Dulius(pemandu arah yang saya panggil  ‘Dolah’ je) ,pada awal 2009, kelajuan angin semasa hujan pernah mencecah 60km/sejam . so, saya simpan je  kamera baik-baik dlm beg…nanti masa turun je la ambik gambar…

sabah-lr-1

Puncak Kinabalu yang dilitupi awan tebal…

sabah-lr-2Jalan ke hadapan untuk ke puncak, sebelah kiri ni dah nak masuk ke Laban Rata Lodge…

sabah-lr-3

Hadapan pintu masuk ke Laban Rata Lodge…

sabah-lr-4 Laluan ke bilik para pendaki. Agak lengang sebab masa ni belum ramai pendaki yang dah sampai kat Laban Rata 

sabah-lr-5

Ni la tempat tidur saya utk malam ni… kat atas tu sepatutnya menjadi tempat tidur En.Rusni… Hmmm,harap-harap mlm ni  tak ada gangguan yang tidak diingini…

sabah-lr-6

Ok la, nak padam suis dulu…. nak baring jap, nanti petang kita layan matahari terbenam!…zzzzz zzz….

Jalan – Jalan Sabah – Hari Ketiga (Pengembaraan Bermula!)

Entry kali ni dalam versi  hitam putih….saja jer sebab perjalanan pada hari ni merupakan detik HITAM buat En.Rusni..hehehe. Perjalanan hari ni bermula dari Pondok Timpohon(8.30 pagi) ke Laban Rata.Mengikut jadual,perjalanan untuk sampai ke Laban Rata akan mengambil masa lebih kureng 6-7 jam. Berdasar kiraan ilmu hisab, kami dijangka tiba di Laban Rata sekitar jam 3 petang. So..nak cerita panjang pon tak guna…nak tau sapa yg sampai dulu kat Laban Rata..layann gambar…!nak cerita panjang takut nanti ada yg bertambah frust plak.hehehhe.

sabah-d3-1   Pagi yang bersemangat buat En Rusni!

 sabah-d3-11

 Bergambar di pintu masuk…Pondok Timpohon (..semangat masih membara lagi masa ni!). 

 

sabah-d3-12

 Antara tempat rehat yang disediakan…Pondok Ubah

 sabah-d3-13

 En. Rusni sedang melepaskan lelah..(mengah nampakk…!)

 sabah-d3-4

 Berhenti jap kat Pondok Lowii

 sabah-d3-6

 Antara kemudahan yang disediakan sepanjang perjalanan…

 sabah-d3-5

 Take a break….aktiviti layan diri..

 sabah-d3-9  

Menikmati makanan tengahari di Pondok Layang  Layang

 sabah-d3-10

 En.Rusni mengalami kekejangan otot……. Auntie kat sebelah plak nampak selera je nak makan walaupun terpaksa menghidu aroma  stokin..hehehe

 sabah-d3-14

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keaadaan semakin kiritikal…betis En. Rusni terpaksa berendam air mata sejuk bagi meredakan kekejangan otot…tapi muka still maintain macho beb :)

Disebabkan kecederaan En Rusni yg semakin kritikal, beliau mengambil keputusan untuk berpatah balik (harap-harap tak patah hati).So kami berpecah di Pondok Layang-layang. Saya dan guide akan mendaki ke Laban Rata . En. Rusni pulak akan turun semula ke Pondok Timpohon..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.