




Alhamdulillah, saya dan Dolius selamat tiba di Pondok Timpohon jam 3.10 ptg. Tetap bersemangat walaupun agak letih dan penat (mengalami kekejangan otot betis pada 3 km terakhir). Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan pengalaman 2 hari 1 mlm ni. Kesimpulannya, Gunung Kinabalu memang best walaupun kureng mencabar buat pendaki tegar disebabkan faktor berikut;
1) Laluan trekking yang terang dan lapang (tak payah dok hayun parang nak tebas laluan!)
2)Kemudahan asas yang disediakan seperti pondok rehat, bekalan air serta tandas (tak payah nak bawa botol tambahan utk bekalan air)
3)Kemudahan tempat tidur dan selimut (hanya perlu bawa keperluan diri yang asas sahaja…ringan la beg!)
4)Beraneka jenis menu makanan disediakan oleh pihak Laban Rata Resthouse..oren TANG kat sini memang besstt! (Tak payah dok kalut nak buka tin sardin / masak maggi, jimat ruang beg dan ringan beban)
Buat pendaki tegar / malarhijau, sekiranya Gunung Tahan atau Gunung Korbu (atau seangkatan dgnnya) menjadi mainan anda…pasti anda tidak akan berhadapan dengan laluan sukar untuk menawan puncak kinabalu!

Pagi yang bersemangat buat En Rusni!






